Be Internet Awesome 2020

22 November 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, aktiviti kali ini mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk pelajar agar boleh membuat kata laluan yang lebih kukuh dan kuat, melayari internet secara berhemah serta menyimpan data peribadi dengan baik. Dengan menjalankan aktiviti dalam masa setengah jam, seramai 5 orang ahli terlibat dalam aktiviti ini. Sesi kali ini dimulakan dengan slide pengenalan Be Internet Awesome. Selepas itu, sesi aktiviti google interland dilakukan bersama-sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali